Examly題庫立即開始練習
外語導遊人員(馬來語)外國語(馬來語)11273單選題
📖 閱讀測驗 · 共用前文
Cameron Highlands merupakan salah satu destinasi percutian keluarga yang menarik dan terkenal di Malaysia. Tempat peranginan ini sering menjadi tumpuan para pelancong. Terdapat pelbagai tarikan istimewa di Cameron Highlands. Yang paling utama sudah tentulah teh dan strawberi. Tidak lengkap rasanya percutian ke Cameron Highlands jika tidak menikmati teh dan strawberi yang segar. Antara ladang strawberi yang terbesar di sini ialah Big Red Strawberry Farm dan Raaju Hill Strawberry Farm. Para pengunjung dapat memetik dan menikmati pelbagai spesies strawberi seperti Butterhead, Red Coral, Green Coral dan Romaine. Selain itu, mereka juga dapat menyaksikan permandangan yang indah di Ladang Teh Sungai Palas, iaitu ladang teh terbesar di Malaysia. Gunung Brinchang pula menjadi tarikan kepada para pengunjung yang berminat dengan aktiviti lasak seperti mendaki dan meredah hutan. Walau bagaimanapun, para pengunjung dinasihati supaya sentiasa mengutamakan keselamatan kerana laluan ke sana sempit dan curam. Cameron Highlands juga terkenal dengan kebun-kebun sayur dan buah-buahan yang segar. Cameron Highlands membekalkan buah-b uahan dan sayur-sayuran untuk pasaran di Malaysia dan Singapura. Ladang-ladang in boleh dilihat di sepanjang jalan dari Ringlet ke Kampung Raja. Terdapat juga taman rama-rama di tanah tinggi ini, iaitu Butterfly Garden dan Butterfly Farm. Pelbagai spesies rama-rama dan serangga dapat ditemui di taman ini, termasuklah Rama-Rama Raja Brooke yang terkenal dengan saiznya yang besar. Justeru, ramai pengunjung dari dalam dan luar negara memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pilihan mereka untuk bercuti. Selain dapat menghabiskan masa bersama keluarga, mereka juga dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang amat mengagumkan.

Yang manakah bukan spesies strawberi yang ditanam di Cameron Highlands?

AGreed Coral
BRed Coral
CRomaine
DBig Red正確答案
答案與詳解
D
正確答案
D。短文中的「Big Red Strawberry Farm」是草莓農場名稱,不是草莓品種;因此 Big Red 不屬於文中列出的草莓品種。
載入中…

想練更多外國語(馬來語)考古題?

Examly 收錄 38 萬+ 道歷屆題目,每題都有像這樣的精選詳解。免費下載,立即開練。

黑皮