Examly題庫立即開始練習
外語導遊人員(馬來語)外國語(馬來語)11279單選題
📖 閱讀測驗 · 共用前文
Pada pagi itu, aku dan keluargaku bangun lebih awal. Hari ini ialah hari yang kami tunggu-tunggu selama ini. Pak Cik Mat, jiran sebelah rumahku telah bersedia untuk menghantar kami ke Lapangan Terbang Senai. Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi. Sepanjang perjalanan, fikiranku asyik melayang bermulalah percutian kami ke negeri Bumi Kenyalang, negeri kelahiran ibuku. Apabila sampai di lapangan terbang, ayah dan ibuku sibuk menguruskan tiket. Pak Cik Mat berpesan kepada kami adik-beradik supaya menjaga diri dengan baik. Aku asyik memerhatikan gelagat dua orang adikku yang ternyata riang sekali. Perjalanan dari Johor ke Sarawak mengambil masa selama 1 jam 25 minit. Kami tiba di Kuching pada pukul 11.25 pagi. Aku tidak sabar lagi ingin menemui sanak saudaraku di sana. Apatah lagi kepulangan kami pada kali in bersempena Hari Raya Puasa. Kami sekeluarga menaiki sebuah van ke kampung ibuku yang terletak di Betong, Sri Aman. Perjalanan selama empat jam ini sangat memenatkan. Kami sampai di kampung pada waktu petang. Kepulangan kami disambut oleh sanak saudara dengan gembiranya. Setelah seminggu berada di kampung, bapa saudaraku mengajak aku pergi memancing. Peluang keemasan ini tidak akan aku persiakan. Kami membeli barang-barang yang akan digunakan di sebuah kedai yang berdekatan. Aku mendapat pengalaman baru mencari cacing di dalam tanah. Walaupun berasa geli, tetapi inilah pengalaman yang menyeronokkan. Semasa memancing di sungai itu aku mengalami peristiwa yang tidak dapat aku lupakan. Inilah kali pertama aku melihat buaya berenang di dalam sungai. Benarlah kata kawan-kawanku selama ini, di negeri ini banyak terdapat Bujang Senang. Kami bercuti di kampung selama dua minggu. Hari ini aku pulang semula ke Johor. Kenangan manis semasa percutian ini tidak akan kulupakan begitu sahaja.

Pernyataan di bawah adalah benar tentang cerita di atas, kecuali:

AIbu penulis berasal dari Sarawak.
BPenulis berasal dari negara Singapura.正確答案
CPenulis mempunyai dua orang adik.
DPenulis akan berhari raya di Sarawak.
答案與詳解
B
正確答案
本題為馬來語閱讀測驗,測驗細節理解。注意題幹的「kecuali」(除了),需選出與短文不符的錯誤敘述。
載入中…

想練更多外國語(馬來語)考古題?

Examly 收錄 38 萬+ 道歷屆題目,每題都有像這樣的精選詳解。免費下載,立即開練。

黑皮