📖 閱讀測驗 · 共用前文
Pada pagi itu, aku dan keluargaku bangun lebih awal. Hari ini ialah hari yang kami
tunggu-tunggu selama ini. Pak Cik Mat, jiran sebelah rumahku telah bersedia untuk menghantar
kami ke Lapangan Terbang Senai. Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi. Sepanjang perjalanan,
fikiranku asyik melayang bermulalah percutian kami ke negeri Bumi Kenyalang, negeri kelahiran
ibuku.
Apabila sampai di lapangan terbang, ayah dan ibuku sibuk menguruskan tiket. Pak Cik Mat
berpesan kepada kami adik-beradik supaya menjaga diri dengan baik. Aku asyik memerhatikan
gelagat dua orang adikku yang ternyata riang sekali.
Perjalanan dari Johor ke Sarawak mengambil masa selama 1 jam 25 minit. Kami tiba di Kuching
pada pukul 11.25 pagi. Aku tidak sabar lagi ingin menemui sanak saudaraku di sana. Apatah lagi
kepulangan kami pada kali in bersempena Hari Raya Puasa. Kami sekeluarga menaiki sebuah van
ke kampung ibuku yang terletak di Betong, Sri Aman. Perjalanan selama empat jam ini sangat
memenatkan. Kami sampai di kampung pada waktu petang. Kepulangan kami disambut oleh sanak
saudara dengan gembiranya.
Setelah seminggu berada di kampung, bapa saudaraku mengajak aku pergi memancing. Peluang
keemasan ini tidak akan aku persiakan. Kami membeli barang-barang yang akan digunakan di
sebuah kedai yang berdekatan. Aku mendapat pengalaman baru mencari cacing di dalam tanah.
Walaupun berasa geli, tetapi inilah pengalaman yang menyeronokkan.
Semasa memancing di sungai itu aku mengalami peristiwa yang tidak dapat aku lupakan. Inilah
kali pertama aku melihat buaya berenang di dalam sungai. Benarlah kata kawan-kawanku selama
ini, di negeri ini banyak terdapat Bujang Senang. Kami bercuti di kampung selama dua minggu. Hari
ini aku pulang semula ke Johor. Kenangan manis semasa percutian ini tidak akan kulupakan begitu
sahaja.
Pada pendapat anda, ke manakah penulis pergi bercuti?
ASabah
BBrunei
CSarawak正確答案
DJohor
答案與詳解
