Examly題庫
外語導遊人員(馬來語)外國語(馬來語)106 年第 78 題單選題
📖 閱讀測驗 · 共用前文
Industri pelancongan merupakan salah satu aktiviti ekonomi yang semakin berkembang pesat di negara kita. Perkembangan pesat sektor pelancongan di negara kita turut mendatangkan pelbagai kesan kepada budaya tempatan, baik kesan positif mahupun kesan negatif. Kesan positif pelancongan terhadap budaya tempatan ialah industri pelancongan dapat membantu dalam memupuk persefahaman antara masyarakat. Melalui pelancongan, kita berpeluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan pelancong asing. Selain itu, industri pelancongan juga dapat memperkaya budaya negara kita. Budaya dan amalan yang baik dalam kalangan pelancong asing patut dicontohi dan diamalkan oleh rakyat kita. Pelancong asing yang mementingkan kebersihan alam sekitar juga harus dicontohi. Jadi, rakyat kita akan mengekalkan kebersihan alam sekitar demi menggalakkan kedatangan pelancong asing. Pendek kata, pelancongan memang dapat memperkaya budaya kita. Kesan negatif pelancongan ialah kedatangan pelancong mampu menghakis nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat tempatan. Senario ini akan berlaku disebabkan pelancong asing mempunyai pemikiran dan sikap yang berbeza dengan masyarakat tempatan. Selanjutnya, kes-kes jenayah akan meningkat akibat daripada kedatangan pelancong asing. Hal ini demikian kerana pusat hiburan dan pusat membeli-belah akan dibuka dengan banyak demi menjayakan sektor pelancongan. Dengan adanya pusat hiburan seperti karaoke, disko dan pub akan menyumbang kes-kes jenayah. Kesimpulannya, sektor pelancongan mampu menyebabkan negara kita berkembang dengan pesat, tetapi sektor tersebut turut meninggalkan pengaruh yang besar kepada budaya tempatan. Jadi, semua pihak harus bekerjasama untuk mencegah kesan negatif yang dibawa oleh pelancong asing. Dengan ini diharapkan sektor pelancongan dapat dimajukan dan hanya meninggalkan kesan positif kepada masyarakat tempatan.

Mengapa kedatangan pelancong mungkin akan menghakis nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat tempatan?

APelancong asing mempunyai lebih banyak wang untuk diberikan kepada masyarakat tempatan.
BPelancong asing memiliki pemikiran dan sikap yang tidak sama dengan masyarakat tempatan.正確答案
CPelancong asing mendatangkan rezeki yang banyak.
DKebanyakan pelancong asing mempunyai sikap yang buruk.
答案與詳解
B
正確答案
本題測驗閱讀細節抓取。答案直接對應短文第三段,外國遊客思想態度與當地人「不同」導致價值觀受衝擊。

逐選項解析

APelancong asing mempunyai lebih banyak wang untuk diberikan kepada masyarakat tempatan.✕ 錯誤
短文並未提及外國遊客給予當地人金錢或物質援助,此選項屬於無中生有的干擾項。在閱讀測驗中,凡文本未提及的資訊皆應直接排除,不可自行腦補。
BPelancong asing memiliki pemikiran dan sikap yang tidak sama dengan masyarakat tempatan.✓ 正確
CPelancong asing mendatangkan rezeki yang banyak.✕ 錯誤
帶來財富(rezeki)並非短文提及侵蝕價值觀的原因,且文本未將經濟收益與文化衝擊直接掛鉤,屬於無關選項,無法回答題幹的「為什麼」。
DKebanyakan pelancong asing mempunyai sikap yang buruk.✕ 易錯陷阱

立即註冊,看完整詳解

這題的完整詳解,註冊就能看 · 每天 2 題免費

精選詳解
  • 完整逐選項解析
  • 秒殺解題技巧與破題關鍵
  • 關鍵知識表整理
  • 陷阱與易錯提醒
  • 同考點歷屆題庫連續刷題與錯題本
接著練習整份考卷查看 106 年 外語導遊人員(馬來語)《外國語(馬來語)》完整試題與解答

同科目歷年考卷

外國語(馬來語) 相關題目

想練更多外國語(馬來語)考古題?

Examly 收錄 50 萬+ 道歷屆題目,每題都有像這樣的精選詳解。免費下載,立即開練。

Examly