Examly題庫立即開始練習
外語導遊人員(馬來語)外國語(馬來語)11173單選題
📖 閱讀測驗 · 共用前文
Taichung merupakan sebuah bandar perindustrian di bahagian tengah barat Taiwan. Populasi penduduknya berjumlah kira-kira 2.78 juta orang dan disenaraikan sebagai salah satu bandar terpadat di Taiwan. Ia merupakan pintu masuk ke kawasan pergunungan yang banyak terdapat di kepulauan Taiwan termasuk tarikan alam semula jadi seperti Tasik Sun Moon yang popular dengan aktiviti menaiki bot serta pendakian. Di pusat bandar pula terdapat lokasi tumpuan pelancongan seperti Muzium Sains Semula Jadi Negara, Muzium Seni Halus Negara Taiwan, kuil dan tiang bata Stesen Taichung yang merupakan tinggalan zaman kolonial Jepun bermula pada tahun 1895 hingga 1945 di Taiwan. Selain itu, Taichung juga terkenal dengan Pasar Malam Fengjia yang penuh dengan pelbagai kedai dan mempunyai waktu operasi yang lebih panjang. Pasar malam ini telah menjadi salah satu daripada "Sepuluh Tempat Bersiar- siar Terbaik di Bandar Taichung" yang diundi oleh orang ramai. Taichung beriklim subtropika lembap dan hangat. Suhu tahunan purata mencecah 23.3 darjah Celsius dengan suhu tertinggi pada bulan Julai dan Ogos manakala suhu terendah pada bulan Januari dan Februari. Pelancong berpeluang menyaksikan keindahan bunga sakura di Taman Wuling antara bulan Januari hingga Mac pada setiap tahun. Oleh sebab kedudukannya yang terlindung oleh banjaran gunung di bahagian timur dan Bukit Miaoli di bahagian utara, Taichung jarang terjejas oleh taufan. Walau bagaimanapun, taufan dari Laut China Selatan boleh menimbulkan ancaman kepada bandar ini seperti kejadian Taufan Wayne yang melanda pantai barat Taiwan berhampiran Taichung pada tahun 1986.

Antara lokasi pelancongan berikut yang manakah bukan tempat pelancongan yang terletak di pusat bandar Taichung?

AMuzium Sains Semula Jadi Negara
BMuzium Seni Halus Negara Taiwan
Ckuil dan tiang bata Stesen Taichung
DTasik Sun Moon正確答案
答案與詳解
D
正確答案
題幹問「不是位於台中市中心」的景點。短文把日月潭列為山區的自然景點,因此選 D。
載入中…

想練更多外國語(馬來語)考古題?

Examly 收錄 38 萬+ 道歷屆題目,每題都有像這樣的精選詳解。免費下載,立即開練。

黑皮