Examly題庫立即開始練習
外語導遊人員(馬來語)外國語(馬來語)11179單選題
📖 閱讀測驗 · 共用前文
Dalam industri pelancongan, pengurusan organisasi yang baik, destinasi pelancongan yang menarik dan strategi pemasaran yang efektif tidak dapat dimaksimumkan dan dikekalkan pasarannya tanpa pengurusan yang professional. Pengurusan pelancongan perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik untuk berurusan dengan agensi pelancongan dan para pelancong terutamanya pelancong antarabangsa. Namun, harus ditegaskan bahawa kemahiran bahasa asing tidak datang secara sendirian tetapi bersama penguasaan bahasa dan juga budaya negara bahasa tersebut yang merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Kita harus sedar bahawa mempelajari bahasa asing bukan sekadar mengetahui struktur fonetik, kosa kata atau tatabahasa sahaja tetapi juga menelusuri apa-apa yang terkandung dalam budaya setiap masyarakat. Pemandu pelancong perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi antara budaya demi mencapai komunikasi yang efektif dan penyaluran maklumat yang tepat bagi membentuk pengalaman pelancong terhadap destinasi yang dilawati. Terdapat kajian penyelidikan yang meneliti pola komunikasi yang terdapat dalam komunikasi silang budaya antara pemandu pelancong semasa sesi pemanduan lawatan pelancongan. Perbualan pemandu pelancong dan pelancong dirakam, catatan pemerhatian turut dilakukan bagi membantu penyediaan transkripsi perbualan. Hasil kajian tersebut mendapati bukan sahaja aspek pengetahuan budaya antara kedua-dua negara tersebut banyak diaplikasikan tetapi aspek penggunaan bahasa asing juga memainkan peranan yang penting dalam komunikasi silang budaya antara kedua belah pihak tersebut. Dapatan daripada kajian ini diharapkan akan menjadi rujukan kepada pendidik dan perangka silibus pendidikan bahasa asing untuk pelancongan sebagai panduan dalam meningkatkan penguasaan komunikasi silang budaya dalam kalangan pemandu pelancong. Pemandu pelancong yang boleh menguasai bahasa asing termasuk bahasa tumpuan pelancongan lain yang popular, pasti memudahkan kerja pemandu pelancongan dan justeru memperluaskan kesempatan kerjayanya sebagai pemandu pelancong. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air, pemandu pelancong yang boleh menguasai bahasa asing akan lebih selesa memperkenalkan keistimewaan budaya dan sejarah setempat, bahkan juga membuat pelancong asing lebih memahami ciri-ciri khas setempat. Pendek kata, adalah penting untuk pemandu pelancong terus mempelajari bahasa asing dan pihak berkuasa juga harus memberikan bantuan untuk menggalakkan tindakan mereka.

Menurut petikan di atas, apakah faktor yang paling penting untuk mengembangkan pasaran pelancongan?

Apengurusan organisasi yang baik
Bdestinasi pelancongan yang menarik
Cstrategi pemasaran yang efektif
Dkemahiran komunikasi yang baik正確答案
答案與詳解
D
正確答案
本文強調旅遊業雖需良好組織與行銷,但「良好的溝通技巧」才是維持市場與提供跨文化服務的關鍵核心。

為什麼答案是 D

良好的溝通技巧。首段點出旅遊管理必須具備良好溝通技巧以應對國際遊客,後續兩段更以導遊為例,深入論述跨文化與語言溝通對提升旅遊體驗及拓展市場的決定性影響,為全文主旨。

載入中…

想練更多外國語(馬來語)考古題?

Examly 收錄 38 萬+ 道歷屆題目,每題都有像這樣的精選詳解。免費下載,立即開練。

黑皮