📖 閱讀測驗 · 共用前文
Dalam industri pelancongan, pengurusan organisasi yang baik, destinasi pelancongan yang menarik
dan strategi pemasaran yang efektif tidak dapat dimaksimumkan dan dikekalkan pasarannya tanpa
pengurusan yang professional. Pengurusan pelancongan perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang
baik untuk berurusan dengan agensi pelancongan dan para pelancong terutamanya pelancong
antarabangsa. Namun, harus ditegaskan bahawa kemahiran bahasa asing tidak datang secara sendirian
tetapi bersama penguasaan bahasa dan juga budaya negara bahasa tersebut yang merupakan sesuatu yang
tidak dapat dipisahkan. Kita harus sedar bahawa mempelajari bahasa asing bukan sekadar mengetahui
struktur fonetik, kosa kata atau tatabahasa sahaja tetapi juga menelusuri apa-apa yang terkandung dalam
budaya setiap masyarakat.
Pemandu pelancong perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi antara budaya demi mencapai
komunikasi yang efektif dan penyaluran maklumat yang tepat bagi membentuk pengalaman pelancong
terhadap destinasi yang dilawati. Terdapat kajian penyelidikan yang meneliti pola komunikasi yang
terdapat dalam komunikasi silang budaya antara pemandu pelancong semasa sesi pemanduan lawatan
pelancongan. Perbualan pemandu pelancong dan pelancong dirakam, catatan pemerhatian turut dilakukan
bagi membantu penyediaan transkripsi perbualan. Hasil kajian tersebut mendapati bukan sahaja aspek
pengetahuan budaya antara kedua-dua negara tersebut banyak diaplikasikan tetapi aspek penggunaan
bahasa asing juga memainkan peranan yang penting dalam komunikasi silang budaya antara kedua belah
pihak tersebut. Dapatan daripada kajian ini diharapkan akan menjadi rujukan kepada pendidik dan
perangka silibus pendidikan bahasa asing untuk pelancongan sebagai panduan dalam meningkatkan
penguasaan komunikasi silang budaya dalam kalangan pemandu pelancong.
Pemandu pelancong yang boleh menguasai bahasa asing termasuk bahasa tumpuan pelancongan lain
yang popular, pasti memudahkan kerja pemandu pelancongan dan justeru memperluaskan kesempatan
kerjayanya sebagai pemandu pelancong. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air, pemandu
pelancong yang boleh menguasai bahasa asing akan lebih selesa memperkenalkan keistimewaan budaya
dan sejarah setempat, bahkan juga membuat pelancong asing lebih memahami ciri-ciri khas setempat.
Pendek kata, adalah penting untuk pemandu pelancong terus mempelajari bahasa asing dan pihak berkuasa
juga harus memberikan bantuan untuk menggalakkan tindakan mereka.
Apakah perkataan lain yang sama makna dengan sekadar
Ahanya正確答案
Btidak hanya
Cwalaupun
Dsama
答案與詳解
