📖 閱讀測驗 · 共用前文
"Sungguh gembira saya kali ini, kerana dapat merayakan Tahun Baru bersama keluarga dan teman-teman," kata Pakcik Ahmad. Dengan sekelip mata saja, setahun pun sudah lalu. Pakcik Ahmad seorang pemandu teksi yang sudah tinggal di Pulau Penghu sepanjang umurnya. Dia dianggap orang yang paling mencintai kampung halamannya kerana dia suka memperkenalkan kampungnya kepada pelancong-pelancong yang datang. Selain menjadi pemandu teksi, kadang-kadang dia juga membawa pelancong yang datang dari luar negara melancong ke tempat-tempat yang menarik. Dia sebagai orang tempatan selalunya menjelaskan sejarah ataupun kisah tempat tersebut kepada mereka yang berminat.
Hari ini adalah hari pertama Tahun Baru, anak-anaknya semuanya pulang dari luar negara untuk bersama-sama menyambut Tahun Baru. Pagi-pagi lagi, isterinya Makcik Tang sudahpun menyiapkan sarapan pagi, kemudian pergi ke pasar untuk membeli sayuran. Anak Pakcik Ahmad yang pulang dari Amerika mendapati sepucuk surat yang penuh dengan tulisan diletakkan di atas meja Pakcik Ahmad. "Anak, bolehkah kamu bacakan surat ini. Tulisannya terlalu buruk dan sukar dibaca." Kata Pakcik Ahamd. Anaknya lalu membacakannya di depan semua ahli keluarganya.
"Tanah anda harus dijual untuk pembangunan pulau ini," beginilah tulisnya surat rasmi itu dari pihak kerajaan. Pakcik Ahmad terasa pusing dan terkejut apabila dia terdengar berita yang buruk ini. Keadaan ini sudah lama berlaku di kampung mereka, adanya khabar yang mengatakan bahawa kerajaan bekerjasama dengan agensi pembangunan hotel bintang lima. Tanah di sekeliling rumahnya terpaksa dijual kepada agensi pembangunan dengan harga yang murah. Sekaranglah giliran rumah mereka.
"Ayah, saya rasa inilah kenyataan. Keadaan ini sudah tidak dapat diselesaikan. Biarkanlah saja, jualkanlah tanah kepada mereka," seru anaknya. Pakcik Ahmad tidak lagi berkata apa-apa, hanya air matanya tidak berhenti-henti. Inilah hari pertama Tahun Barunya yang cukup susah hati.
Setiap pagi Makcik Tang menyediakan sarapan pergi ke pasar untuk membeli sayur.
Asambil
Bwalau
Ctetapi
Dlalu正確答案
答案與詳解
