📖 閱讀測驗 · 共用前文
Banyak negara bergantung kepada industri pelancongan. Industri pelancongan merupakan sumber pendapatan negara dan oleh kerana itu industri ini berpotensi untuk dimajukan, terutamanya di Taiwan. Sektor pelancongan juga perlu dimajukan kerana sektor ini boleh memantapkan ekonomi negara. Banyak tempat menarik yang terdapat di Taiwan boleh dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing dan tempatan seperti di Alishan, Danshui, Kaohsiung, Kenting dan sebagainya. Oleh itu pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk memajukan industri pelancongan sama ada oleh pihak kerajaan sendiri mahupun agensi yang berkaitan, contohnya restoran makan dan minum, perusahaan dan pengurusan tempat penginapan, kedai cenderamata khas dan lain-lain.
Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah usaha menambah kemudahan pengangkutan umum ke destinasi-destinasi yang menarik. Kemudahan pengangkutan ini dapat memberi kesempatan yang lebih banyak kepada pelancong untuk pergi ke destinasi yang mereka sukai. Sebagai contohnya, kerajaan Taiwan telah membina kemudahan kereta api mengelilingi seluruh Taiwan, kereta api ekspres dan bas pelancongan yang percuma di dalam pusat bandar.
Sementara itu, kerajaan juga harus mengadakan lebih banyak kegiatan untuk mempromosikan aktiviti pelancongan. Promosi atau pesta tentang destinasi pelancongan yang menarik, kebudayaan dan karnival jualan boleh dilaksanakan dengan lebih giat sama ada di dalam mahupun di luar negara.
Menurut teks di atas, pihak berikut yang bertanggungjawab untuk memajukan industri pelancongan kecuali .
Akedai cenderamata khas
Bagensi swasta seperti pengurusan tempat penginapan
Cpihak kerajaan seperti Kementerian Pelangcongan
Dpelancong-pelancong asing正確答案
答案與詳解
