📖 閱讀測驗 · 共用前文
Kebelakangan ini, kerajaan Taiwan giat meluncurkan rancangan "Dasar Menuju ke Arah Selatan Baru" yang menumpukan perhatian kepada potensi negara-negara Asia Tenggara, terutamanya dalam bidang pelancongan. Rancangan ini termasuk berusaha membuka pasaran Muslim dan produk-produk halal. Dengan demikian, demi memperkenalkan pelancongan mesra Muslim di Taiwan, Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei mengadakan ekspo dan pameran mesra Muslim di Taipei selama dua hari.
Berdasarkan statistik dari Lembaga Pelancongan, Kementerian Pengangkutan Taiwan, pada tempoh separuh pertama tahun 2019, warga Malaysia yang berkunjung ke Taiwan dihitungkan seramai 275,895 orang. Angka ini mencatatkan bilangan pengunjung yang tertinggi kalau dibandingkan dengan negara-negara lain di Asia Tenggara. Dengan statistik seperti yang dinyatakan di atas, pihak Taiwan berpegang pendapat bahawa pengunjung Malaysia adalah sumber yang amat penting kepada sektor pelancongan Taiwan.
Taipei sebagai sebuah bandar raya metropolitan dan bandar antarabangsa, memiliki pelbagai keistimewaan dan keindahan yang berpeluang diterokai oleh pengunjung asing. Oleh kerana itu, "Menemui Taipei" tetap menjadi tema untuk mempromosikan Taipei kepada kawan-kawan dari Asia Tenggara. Demi mempertingkatkan sektor pelancongan, pihak Taiwan juga telah memperlengkapkan fasiliti dan kemudahan yang mesra Muslim dari segi penginapan, pemakanan dan ruang awam sejak beberapa tahun sebelum ini supaya umat Muslim dapat menikmati perjalanan mereka dengan lebih selesa dan mudah. Menurut statistik yang ditunjukkan, sebanyak 85 buah restoran dan hotel memperoleh pensijilan halal yang dikeluarkan oleh Chinese Muslim Association (CMA). Di samping itu, Stesen Utama Taipei, Muzium Istana Negara, Taipei 101 dan beberapa destinasi pelancongan yang terkenal turut menyediakan kemudahan wuduk dan surau bagi pelawat Muslim.
Kebelakangan ini, kerajaan Taiwan giat meluncurkan rancangan "Dasar Menuju ke Arah Selatan Baru" yang menumpukan perhatian kepada potensi negara-negara Asia Tenggara, terutamanya dalam bidang pelancongan. Rancangan ini termasuk berusaha membuka pasaran Muslim dan produk-produk halal. Dengan demikian, demi memperkenalkan pelancongan mesra Muslim di Taiwan, Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei mengadakan ekspo dan pameran mesra Muslim di Taipei selama dua hari. Berdasarkan statistik dari Lembaga Pelancongan, Kementerian Pengangkutan Taiwan, pada tempoh separuh pertama tahun 2019, warga Malaysia yang berkunjung ke Taiwan dihitungkan seramai 275,895 orang. Angka ini mencatatkan bilangan pengunjung yang tertinggi kalau dibandingkan dengan negara-negara lain di Asia Tenggara. Dengan statistik seperti yang dinyatakan di atas, pihak Taiwan berpegang pendapat bahawa pengunjung Malaysia adalah sumber yang amat penting kepada sektor pelancongan Taiwan. Taipei sebagai sebuah bandar raya metropolitan dan bandar antarabangsa, memiliki pelbagai keistimewaan dan keindahan yang berpeluang diterokai oleh pengunjung asing. Oleh kerana itu, "Menemui Taipei" tetap menjadi tema untuk mempromosikan Taipei kepada kawan-kawan dari Asia Tenggara. Demi mempertingkatkan sektor pelancongan, pihak Taiwan juga telah memperlengkapkan fasiliti dan kemudahan yang mesra Muslim dari segi penginapan, pemakanan dan ruang awam sejak beberapa tahun sebelum ini supaya umat Muslim dapat menikmati perjalanan mereka dengan lebih selesa dan mudah. Menurut statistik yang ditunjukkan, sebanyak 85 buah restoran dan hotel memperoleh pensijilan halal yang dikeluarkan oleh Chinese Muslim Association (CMA). Di samping itu, Stesen Utama Taipei, Muzium Istana Negara, Taipei 101 dan beberapa destinasi pelancongan yang terkenal turut menyediakan kemudahan wuduk dan surau bagi pelawat Muslim. Menurut petikan di atas, apakah usaha yang paling utama bagi rancangan "Dasar Menuju ke Arah Selatan Baru" yang dilaksanakan di Taiwan?
AMempromosikan negara-negara Asia Tenggara kepada orang Taiwan.
BMeningkatkan tarikan pelancongan Taiwan terhadap negara-negara Asia Tenggara.正確答案
CMenjual makanan halal kepada negara-negara Asia Tenggara.
DMempromosikan Asia Tenggara melalui iklan dan pameran.
答案與詳解
