Examly題庫立即開始練習
外語導遊人員(馬來語)外國語(馬來語)10978單選題
📖 閱讀測驗 · 共用前文
Kebelakangan ini, kerajaan Taiwan giat meluncurkan rancangan "Dasar Menuju ke Arah Selatan Baru" yang menumpukan perhatian kepada potensi negara-negara Asia Tenggara, terutamanya dalam bidang pelancongan. Rancangan ini termasuk berusaha membuka pasaran Muslim dan produk-produk halal. Dengan demikian, demi memperkenalkan pelancongan mesra Muslim di Taiwan, Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei mengadakan ekspo dan pameran mesra Muslim di Taipei selama dua hari. Berdasarkan statistik dari Lembaga Pelancongan, Kementerian Pengangkutan Taiwan, pada tempoh separuh pertama tahun 2019, warga Malaysia yang berkunjung ke Taiwan dihitungkan seramai 275,895 orang. Angka ini mencatatkan bilangan pengunjung yang tertinggi kalau dibandingkan dengan negara-negara lain di Asia Tenggara. Dengan statistik seperti yang dinyatakan di atas, pihak Taiwan berpegang pendapat bahawa pengunjung Malaysia adalah sumber yang amat penting kepada sektor pelancongan Taiwan. Taipei sebagai sebuah bandar raya metropolitan dan bandar antarabangsa, memiliki pelbagai keistimewaan dan keindahan yang berpeluang diterokai oleh pengunjung asing. Oleh kerana itu, "Menemui Taipei" tetap menjadi tema untuk mempromosikan Taipei kepada kawan-kawan dari Asia Tenggara. Demi mempertingkatkan sektor pelancongan, pihak Taiwan juga telah memperlengkapkan fasiliti dan kemudahan yang mesra Muslim dari segi penginapan, pemakanan dan ruang awam sejak beberapa tahun sebelum ini supaya umat Muslim dapat menikmati perjalanan mereka dengan lebih selesa dan mudah. Menurut statistik yang ditunjukkan, sebanyak 85 buah restoran dan hotel memperoleh pensijilan halal yang dikeluarkan oleh Chinese Muslim Association (CMA). Di samping itu, Stesen Utama Taipei, Muzium Istana Negara, Taipei 101 dan beberapa destinasi pelancongan yang terkenal turut menyediakan kemudahan wuduk dan surau bagi pelawat Muslim.

Kebelakangan ini, kerajaan Taiwan giat meluncurkan rancangan "Dasar Menuju ke Arah Selatan Baru" yang menumpukan perhatian kepada potensi negara-negara Asia Tenggara, terutamanya dalam bidang pelancongan. Rancangan ini termasuk berusaha membuka pasaran Muslim dan produk-produk halal. Dengan demikian, demi memperkenalkan pelancongan mesra Muslim di Taiwan, Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei mengadakan ekspo dan pameran mesra Muslim di Taipei selama dua hari. Berdasarkan statistik dari Lembaga Pelancongan, Kementerian Pengangkutan Taiwan, pada tempoh separuh pertama tahun 2019, warga Malaysia yang berkunjung ke Taiwan dihitungkan seramai 275,895 orang. Angka ini mencatatkan bilangan pengunjung yang tertinggi kalau dibandingkan dengan negara-negara lain di Asia Tenggara. Dengan statistik seperti yang dinyatakan di atas, pihak Taiwan berpegang pendapat bahawa pengunjung Malaysia adalah sumber yang amat penting kepada sektor pelancongan Taiwan. Taipei sebagai sebuah bandar raya metropolitan dan bandar antarabangsa, memiliki pelbagai keistimewaan dan keindahan yang berpeluang diterokai oleh pengunjung asing. Oleh kerana itu, "Menemui Taipei" tetap menjadi tema untuk mempromosikan Taipei kepada kawan-kawan dari Asia Tenggara. Demi mempertingkatkan sektor pelancongan, pihak Taiwan juga telah memperlengkapkan fasiliti dan kemudahan yang mesra Muslim dari segi penginapan, pemakanan dan ruang awam sejak beberapa tahun sebelum ini supaya umat Muslim dapat menikmati perjalanan mereka dengan lebih selesa dan mudah. Menurut statistik yang ditunjukkan, sebanyak 85 buah restoran dan hotel memperoleh pensijilan halal yang dikeluarkan oleh Chinese Muslim Association (CMA). Di samping itu, Stesen Utama Taipei, Muzium Istana Negara, Taipei 101 dan beberapa destinasi pelancongan yang terkenal turut menyediakan kemudahan wuduk dan surau bagi pelawat Muslim. Apakah sebab utama bagi destinasi-desitinasi yang tertentu untuk menyediakan kemudahan wuduk dan surau?

AUntuk menjual barang atau produk halal kepada pelawat Muslim.
BSupaya boleh mempromosikan Taipei dengan cara yang kurang sopan.
CSupaya dapat menjadikan Taipei sebuah bandar beragama Islam.
DUntuk menyediakan suasana yang nyaman untuk Umat Muslim.正確答案
答案與詳解
D
正確答案
本題測驗馬來語閱讀理解,依據短文,景點提供淨身與祈禱設施是為了讓穆斯林遊客旅途更舒適便利。
載入中…

想練更多外國語(馬來語)考古題?

Examly 收錄 38 萬+ 道歷屆題目,每題都有像這樣的精選詳解。免費下載,立即開練。

黑皮