📖 閱讀測驗 · 共用前文
Hampir saban hari kita didedahkan dengan isu rokok. Bagaikan tiada penyudahnya. Media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik banyak membangkitkan hal ini. Pada masa dahulu, kebanyakan mereka yang mengamalkan tabiat merokok terdiri daripada golongan lelaki, namun pada hari ini berlainan pula. Sejak akhir ini sudah banyak wanita yang terlibat dalam gejala merokok. Hal ini demikian kerana mereka mudah terpengaruh oleh cara hidup yang bebas dan ingin melepaskan tekanan.
Wanita yang merokok lebih berisiko mendapat penyakit berbanding dengan kaum lelaki. Hal ini demikian kerana dalam sebatang rokok, terkandung 4000 bahan kimia yang berbahaya terutama nikotin dan karbon monoksida. Bahan kimia ini menjejaskan kesihatan dan mendedahkan mereka kepada risiko penyakit kronik seperti barah payu dara dan barah pangkal rahim. Bukan itu sahaja seorang perokok yang mengambil lebih daripada 20 batang rokok dalam sehari menghadapi 10 hingga 15 kali ganda risiko maut akibat serangan jantung.
Ketika mengandung, berat bayi bagi wanita merokok kemungkinan tiga kali lebih ringan daripada bayi normal. Kelahiran juga boleh berlaku lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Bayi yang dilahirkan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada tahun pertama kelahirannya. Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal ibu ini mula merokok semasa bayi dalam kandungan.
Jika seorang wanita merokok, apakah dua jenis penyakit kronik yang mungkin dihadapinya?
ANikotin dan karbon monoksida
BBarah payu dara dan barah pangkal rahim正確答案
C10 dan 15
DGolongan wanita dan golongan lelaki
答案與詳解
