📖 閱讀測驗 · 共用前文
Orang ramai berwaspada meneruskan rutin harian dengan mengamalkan norma baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan COVID-19.
Tinjauan tidak rasmi di sekitar ibu kota mendapati warga kota bimbang keluar ke tempat awam dan hanya keluar untuk keperluan penting dan ke tempat kerja sahaja. Semasa di luar, mereka menjalani rutin harian seperti biasa dengan pemakaian pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal terutama ketika berada di tempat sesak untuk mengelak sebarang risiko jangkitan.
Dalam situasi COVID-19 masih belum reda ini, sebilangan majikan membenarkan kakitangannya bekerja dari jarak jauh. Terdapat majikan turut menyediakan makanan tengah hari untuk kakitangan, jadi sekurang-kurangnya pergerakan keluar pekerja mereka untuk bertembung dengan ramai orang dapat dikurangkan.
Sementara itu, pasaraya dan banyak pemilik kedai telah menetapkan SOP ketat untuk pelanggan seperti pengambilan suhu badan, pemakaian cecair pembasmi kuman dan mengehadkan bilangan kemasukan pelanggan dalam satu-satu masa bagi mengelak kesesakan dalam pasaraya atau kedai.
Sesetengah peniaga makanan juga menyesuaikan diri dengan meja disusun lebih satu meter antara satu sama lain dan dihadkan bagi mengelak pelanggan ramai duduk makan dalam satu masa. Selain daripada itu, mereka juga menyediakan jarak satu meter bagi pelanggan beratur yang memilih bungkus makanan.
Sebelum negara kita bebas daripada wabak, setiap orang adalah wajib mengamalkan norma baharu, seperti membasuh tangan dengan kerap, amalkan etika batuk dan bersin, memakai pelitup muka dan juga mengelakkan tempat yang sesak dan sempit. Warga kota dinasihati jangan leka dan alpa kerana kita belum menang.
Antara yang berikut adalah norma baharu yang perlu diamalkan, kecuali:
ASentiasa mencuci tangan.
BTidak boleh batuk dan bersin.正確答案
CMamakai pelitup muka.
DMenjaga penjarakan fizikal.
答案與詳解
