📖 閱讀測驗 · 共用前文
Industri kraf tangan tradisional merupakan kerja penghasilan kraf tangan tradisional seperti batik, wayang,
gasing dan sebagainya. Industri ini berkait rapat dengan industri pelancongan, terutamanya di desa dan juga di
tempat pelancongan. Industri ini merupakan satu industri yang berpotensi besar untuk membantu meningkatkan
tahap kehidupan masyarakat terutama masyarakat desa dan sementara itu juga memain peranan penting dalam
mewarisi kesenian penduduk tempatan. Oleh itu, pelbagai tindakan boleh dilakukan untuk memajukan industri ini
ke tingkat yang lebih baik lagi.
Langkah yang paling wajar untuk memajukan industri ini adalah dengan membina lebih banyak pusat kraf
tangan di tempat yang berkenaan. Dengan adanya penubuhan pusat kraf tangan, sudah pasti akan menggalakkan
pekerjaan kraf dan meningkatkan penjualan kraf. Dengan itu, banyak produk kraf boleh dipamerkan dan mudah
untuk diperoleh oleh pelancong terutama dari luar negeri. Sementara itu, pusat ini juga boleh dijadikan sebagai
tempat mendidik pengusaha atau seniman supaya cara pembuatan kraf boleh diwarisi.
Selain itu, kerajaan juga harus mengambil tindakan untuk meningkatkan produktiviti industri ini. Pengenalan
teknologi dan reka bentuk yang unik dapat meninggikan lagi keluaran produk industri ini supaya kos menjadi
lebih murah dan harga menjadi lebih kompetitif. Produktiviti yang tinggi juga menjadikan industri ini lebih
berdaya saing dan kreatif untuk memastikan produk mereka terus mendapat tempat dalam hati pelancong.
Kesimpulannya, negara kita mempunyai banyak kraf tangan yang sangat menarik dan dengan tindakan
seperti yang disebutkan tadi pasti boleh membantu meningkatkan produktiviti industri kraf tangan.
Perkataan "membina" adalah seerti dengan .
Amenubuhkan正確答案
Bmenaikkan
Cmencari
Dberdiri
答案與詳解
