📖 閱讀測驗 · 共用前文
Kira-kira lapan peratus daripada lebih 2.6 juta pesakit diabetes di negara ini tidak sedar menghidap penyakit itu ketika di peringkat awal. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, perkara itu berpunca daripada keengganan golongan itu menggunakan kemudahan kesihatan untuk melakukan pemeriksaan.
Beliau berkata, tanpa kesedaran awal, risiko untuk mendapat penyakit peringkat akhir akibat diabetes seperti masa
lah buah pinggang, mata, otot serta saraf adalah tinggi. "Perkara ini sangat membimbangkan kerana kita
mempunyai rangkaian kemudahan kesihatan begitu luas di seluruh negara terutama klinik swasta dan kerajaan.
Bagaimanapun, ada sebahagian daripada rakyat tidak menggunakan kemudahan ini dengan optimum untuk
mengetahui sama ada mereka mempunyai penyakit ini atau tidak," katanya dalam sidang akhbar selepas
melancarkan alat rawatan dialisis, Lucenxia Intellis di sini hari ini.
Subramaniam seterusnya menasihatkan semua pihak untuk memanfaatkan kemudahan kesihatan
sekurang-kurangnya setahun sekali untuk melakukan ujian darah. Lebih-lebih lagi katanya, apabila kebanyakan
pemeriksaan tersebut boleh dijalankan tanpa melibatkan sebarang kos. "Banyak farmasi dan makmal swasta
menyediakan kemudahan ujian darah, jadi peluang untuk periksa memang banyak tetapi kesedaran tiada, maka
tidak ramai yang mengambil peluang melakukan pemeriksaan awal," katanya.
Ayat yang tidak berkaitan dengan petikan di atas adalah .
Aramai orang mengambil peluang menyertai peperiksaan perubatan正確答案
Bbanyak farmasi dan makmal swasta menyediakan kemudahan ujian darah
Crangkaian kemudahan kesihatan adalah luas di seluruh negara terutama klinik swasta dan kerajaan
Dsebahagian daripada rakyat tidak menggunakan kemudahan kesihatan dengan optimum untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai penyakit kencing manis atau tidak
答案與詳解
