Examly題庫立即開始練習
外語導遊人員(馬來語)外國語(馬來語)10575單選題
📖 閱讀測驗 · 共用前文
Kira-kira lapan peratus daripada lebih 2.6 juta pesakit diabetes di negara ini tidak sedar menghidap penyakit itu ketika di peringkat awal. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, perkara itu berpunca daripada keengganan golongan itu menggunakan kemudahan kesihatan untuk melakukan pemeriksaan. Beliau berkata, tanpa kesedaran awal, risiko untuk mendapat penyakit peringkat akhir akibat diabetes seperti masa lah buah pinggang, mata, otot serta saraf adalah tinggi. "Perkara ini sangat membimbangkan kerana kita mempunyai rangkaian kemudahan kesihatan begitu luas di seluruh negara terutama klinik swasta dan kerajaan. Bagaimanapun, ada sebahagian daripada rakyat tidak menggunakan kemudahan ini dengan optimum untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai penyakit ini atau tidak," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan alat rawatan dialisis, Lucenxia Intellis di sini hari ini. Subramaniam seterusnya menasihatkan semua pihak untuk memanfaatkan kemudahan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk melakukan ujian darah. Lebih-lebih lagi katanya, apabila kebanyakan pemeriksaan tersebut boleh dijalankan tanpa melibatkan sebarang kos. "Banyak farmasi dan makmal swasta menyediakan kemudahan ujian darah, jadi peluang untuk periksa memang banyak tetapi kesedaran tiada, maka tidak ramai yang mengambil peluang melakukan pemeriksaan awal," katanya.

Mesej yang ingin disampai mengikut petikan di atas adalah _____ .

A8% pesakit tidak sedar hidap diabetes正確答案
B8% pesakit tidak sedar hidap bulimia
Cpenyakit kencing manis tidak membahayakan
Ddiabetes boleh dikesan melalui pemeriksaan X-ray 代號:4413 頁次:8-8 Industri kraf tangan tradisional merupakan kerja penghasilan kraf tangan tradisional seperti batik, wayang, gasing dan sebagainya. Industri ini berkait rapat dengan industri pelancongan, terutamanya di desa dan juga di tempat pelancongan. Industri ini merupakan satu industri yang berpotensi besar untuk membantu meningkatkan tahap kehidupan masyarakat terutama masyarakat desa dan sementara itu juga memain peranan penting dalam mewarisi kesenian penduduk tempatan. Oleh itu, pelbagai tindakan boleh dilakukan untuk memajukan industri ini ke tingkat yang lebih baik lagi. Langkah yang paling wajar untuk memajukan industri ini adalah dengan membina lebih banyak pusat kraf tangan di tempat yang berkenaan. Dengan adanya penubuhan pusat kraf tangan, sudah pasti akan menggalakkan pekerjaan kraf dan meningkatkan penjualan kraf. Dengan itu, banyak produk kraf boleh dipamerkan dan mudah untuk diperoleh oleh pelancong terutama dari luar negeri. Sementara itu, pusat ini juga boleh dijadikan sebagai tempat mendidik pengusaha atau seniman supaya cara pembuatan kraf boleh diwarisi. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil tindakan untuk meningkatkan produktiviti industri ini. Pengenalan teknologi dan reka bentuk yang unik dapat meninggikan lagi keluaran produk industri ini supaya kos menjadi lebih murah dan harga menjadi lebih kompetitif. Produktiviti yang tinggi juga menjadikan industri ini lebih berdaya saing dan kreatif untuk memastikan produk mereka terus mendapat tempat dalam hati pelancong. Kesimpulannya, negara kita mempunyai banyak kraf tangan yang sangat menarik dan dengan tindakan seperti yang disebutkan tadi pasti boleh membantu meningkatkan produktiviti industri kraf tangan.
答案與詳解
A
正確答案
本題測驗馬來語閱讀理解,核心訊息為「8%糖尿病患者初期不自知」,掌握關鍵字 diabetes 與 8% 即可秒殺。

為什麼答案是 A

正確。短文首句明確指出「Kira-kira lapan peratus... pesakit diabetes... tidak sedar」(大約8%的糖尿病患者不自知),完全吻合選項 A 的敘述,為文章開宗明義的核心訊息。

載入中…

外國語(馬來語) 相關題目

想練更多外國語(馬來語)考古題?

Examly 收錄 38 萬+ 道歷屆題目,每題都有像這樣的精選詳解。免費下載,立即開練。

黑皮