Examly題庫立即開始練習
外語導遊人員(馬來語)外國語(馬來語)10577單選題
📖 閱讀測驗 · 共用前文
Industri kraf tangan tradisional merupakan kerja penghasilan kraf tangan tradisional seperti batik, wayang, gasing dan sebagainya. Industri ini berkait rapat dengan industri pelancongan, terutamanya di desa dan juga di tempat pelancongan. Industri ini merupakan satu industri yang berpotensi besar untuk membantu meningkatkan tahap kehidupan masyarakat terutama masyarakat desa dan sementara itu juga memain peranan penting dalam mewarisi kesenian penduduk tempatan. Oleh itu, pelbagai tindakan boleh dilakukan untuk memajukan industri ini ke tingkat yang lebih baik lagi. Langkah yang paling wajar untuk memajukan industri ini adalah dengan membina lebih banyak pusat kraf tangan di tempat yang berkenaan. Dengan adanya penubuhan pusat kraf tangan, sudah pasti akan menggalakkan pekerjaan kraf dan meningkatkan penjualan kraf. Dengan itu, banyak produk kraf boleh dipamerkan dan mudah untuk diperoleh oleh pelancong terutama dari luar negeri. Sementara itu, pusat ini juga boleh dijadikan sebagai tempat mendidik pengusaha atau seniman supaya cara pembuatan kraf boleh diwarisi. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil tindakan untuk meningkatkan produktiviti industri ini. Pengenalan teknologi dan reka bentuk yang unik dapat meninggikan lagi keluaran produk industri ini supaya kos menjadi lebih murah dan harga menjadi lebih kompetitif. Produktiviti yang tinggi juga menjadikan industri ini lebih berdaya saing dan kreatif untuk memastikan produk mereka terus mendapat tempat dalam hati pelancong. Kesimpulannya, negara kita mempunyai banyak kraf tangan yang sangat menarik dan dengan tindakan seperti yang disebutkan tadi pasti boleh membantu meningkatkan produktiviti industri kraf tangan.

Perkataan "meningkatkan" dalam karangan di atas juga boleh digantikan dengan .

Amenurunkan
Bmeninggikan正確答案
Cmembesarkan
Dmengecilkan
答案與詳解
B
正確答案
「meningkatkan」意為「提升、提高」,與「meninggikan」同義,皆可用於表達水平或產量的增加。

為什麼答案是 B

「meninggikan」意為「提高、升高」,與「meningkatkan」意思相近,皆表示使某事物的水平、程度或數量向上發展,為本題正確的替換詞。

載入中…

想練更多外國語(馬來語)考古題?

Examly 收錄 38 萬+ 道歷屆題目,每題都有像這樣的精選詳解。免費下載,立即開練。

黑皮